Khamis, 27 Ogos 2015

Usaha

Berusaha untuk usaha dan usaha untuk terus berusaha dan usahalah untuk sentiasa berusaha.

Pantun Pendekar

Apa guna kepuk di ladang;
Kalau tidak berisi padi;
Apa guna berlenggok garang;
Kalau tidak bersendi kunci.

Isnin, 9 Mac 2015

Pilihan

Pilihlah kebenaran setelah menilai setiap kepalsuan dan janganlah dipilih kebenaran dengan melihat kenyataan yang dipalsukan.


NAWZA LIRIAZ
09.03.2015

Ahad, 5 Januari 2014

Keliru

Keliru

Keliru menilai antara dua gelanggang perjuangan;
Antara benar atau dusta;
Atau kedua-duanya benar;
Atau kedua-duanya hanya cadar putih pembalut tilam embuk;
Zahir suci di mata hakikat kotor batinnya;
Keliru beranyamkan celaru.

Keliru

Perjuangan apa andai di gelanggang sana nama Maha Kuasa rela disekutukannya;
Adil apakah di sana bila anak bangsa diperguna di jalan raya dibiar susah derita;
Atau benarkah mereka bila saudara dicaci hina ulama' didusta bila tidak semeja;
Atau sememangnyalah mereka pendusta dan penyesat bangsa?

Keliru

Pembela apa pejuang di sini bila anak bangsa rakyat jelata lagi diceduk nasi dari pinggannya;
Penjaga apa di sini bila yang sedikit itu diminta agar banyak diratah penghuni puncak sana;
Makmurkah di sini bila anak kecil takut sudah belari di laman sendiri;
Gembirakah di sini bila secupak minta dikongsi sedang segantang disuap ke mulut sendiri?

Keliru dan makin keliru.

Nawza Liriaz

1.24 PM
06..1.2014

Khamis, 1 Ogos 2013

Kenal Diri

Mengenal diri bukan melihat pada kelebihan diri, tapi kenallah diri dengan menilai kelemahan diri.

Isnin, 3 September 2012

Ingat dan Fikir

Ingat untuk beringat dan beringat untuk ingat. Berfikir untuk fikir dan fikir untuk berfikir. Nawza Liriaz.

Memahami

Memerhati tapi tidak mengerti. Meneliti namun tidak memahami. Nawza Liriaz.