Sabtu, 21 Mei 2011

Seni?


Seni?

Seni itu lenggoknya indah
Tarinya lembut
Kilasnya berkunci
Jurusnya siaga
Buah pukulnya berbisa.

Nawza Liriaz
22 Mei 2011
Duha
Seri Putra

Permata Penuh Kilauan - Dedikasi Khas Untuk PBO

Permata Penuh Kilauan-Dedikasi Khas Untuk PBO

Seindah sinaran bulan purnama
Menyinar terang seluruh kelam alam maya
Serimu semurni merahnya sekuntum mawar
Setiap detik menabur budi menguntum jasa
Menyebar harum seluruh nusa

Baktimu memimpin ke puncak gemilang
Keringatmu menganyam kejayaan mengorak cemerlang
Tegurmu menunjuk haluan mencorak keinsafan
Tegasmu membulat keputusan menenun keadilan

Semurni itu jasa baktimu diumpamakan

Kau permata penuh kilauan
Memancar keceriaan
Tak terbanding luhur pekerti tingginya sumbangan
Indahnya ingatan menyelimut kenangan

Di sini di laman ini kaulah teman kaulah rakan
Di rumah ini kaulah Bonda memimpin jalan
Memujuk hati menghulur tangan
Membentuk langkah bertatih, belari kami tak tempang

Selagi azam tersemat di dada
Selagi kaki tegak, tegap siaga
Selagi itu nekad kau menghulur jasa
Menjunjung amanah menggenggam setia

Kini segalanya kian pasti
Kau tak mampu lagi kami miliki
Di laman lain kau menabur budi
Digelanggang lain kau berjuang, berpencak bertari

Doa kami anak kecil seisi desa
Semoga sejahtera dirimu di puncak sana
Janganlah kami di sini dipencil dilupa
Rindu padamu pasti mencengkam jiwa

Hadirmu bagaikan pelangi
Seketika, namun sangat bererti
Izinkanlah selamanya namamu di hati
Menjadi kenangan sejuta erti

Nukilan: Nawza Liriaz
24.12.2010

Selasa, 3 Mei 2011

Pilihan


Pilihan

Pilihlah yang apabila ia tiada di sisi hati mejadi sepi dan apabila ia menghampiri duniamu berseri. Pilihlah apa yang indah dinaluri dan janganlah dipilih apa yang tersemat di hati. Kerana yag ada di nalurimu adalah rasa yang sempurna dan di hatimu adalah andaian pada setiap keindahan khabar. Pilih apa yang ingin kau pilih dan janganlah memilih dalam pilihan yang terpilih.