Khamis, 11 November 2010

Pertemuan


Kenapalah mengharapkan berkekalan dalam pertemuan sedangkan pertemuan itu adalah permulaan sebuah perpisahan.

Coretan Rasa

Andai sepi itu satu ketenangan pasti tidakkan dikesali sebuah penantian..dan kiranya cinta itu pelengkap kebahagian pasti ianya takkan diakhiri dengan pepisahan.

Bila dah sakit

Bila dah sakit baru terfikir indahnya sihat. Tapi bila dah sihat tak terfikir yang sakit akan bertamu semula.

Waktu dan Ketika


Hari ini adalah satu kenyataan, Esok adalah satu pengharapan, Dan semalam sebuah memori yang telah ditinggalkan. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Kenapa dinilai pada bicara


Kenapa dinilai pada bicara..andai gaya berkilas nista..Mengapa diharap pada setia andai curiga memancang jiwa..Biarkan suara terus bergema..selagi getaran mengukir kata.

Sebuah Perasaan


Kesedihan sebuah perasaan yang hadir bila bersimpuhnya kepiluan dan teinjaknya kegembiran. Namun ianya akan hilang bersama waktu dan senyuman keriangan.

Kiasan Orang Tua-tua

Orang tua-tua banyak berkias dalam berbicara, banyak bunga dalam berpencak berjaga, banyak memerhati dalam teliti, banyak senyum dalam tawa. Tapi segalanya penuh makna sarat petua.

Madah

Andainya Sepi Itu Sebuah Kedamaian; Pastinya
Penantian Itu Satu Keindahan; dan Andainya Cinta Itu Satu Kebahagiaan
Pasti Ianya takkan Dibatasi dengan Pepisahan??