skip to main |
skip to sidebar
Kata Pendekar "silat itu ilmu sifatnya pakaian diri, amanahnya pertahankan Agama, Bangsa, Maruah diri, Keluarga dan Negara. Silat itu bila sudah sebati pada diri maka jadilah ia pakaian sebati lagi sejati. Maka dikata, yang ada itu seperti nampak tiada, yang tiada itu seperti nampak ada, maka yang ada itu tiada dan tiada itu ada. Maka jadilah silat itu ibarat yang pakai tak pakai, tak pakai itu pakai, maka yang tidak pakai silat itulah pakai"
Semakin hari kita lihat semakin banyak pepecahan di kalangan kita yang bergelar Melayu. Kita berpecah kerana banyak perkara dan agenda, pemimpin berpecah kerana politik dan ideologi masing-masing. Ulama' berpecah kerana mazhab dan pegangan serta perbezaan pendapat. Golongan Profesional kerana perbezaan bidang dan keutamaan pandangan dan persepsi. Orang awam, rakyat jelata berbeza kerana mempertahankan ikutan, parti dan ideologi. Bilalah agaknya melayu akan bersatu?
Apalah guna berpohon rendang kalau tidak berakar tunjang. Apalah guna indahnya ungkapan kalau hadirnya selayang pandang.
Antara pegaga dengan berangan
Jangan dibiar tumbuh bersama
Antara setia dengan keraguan
Jangan dibiar teguh bersama
Kalaulah malam itu pelenyap duka...
Pasti siang takkan lagi ditunggu tiba..
Dan...kalaulah cinta pelengkap bahagia...
Tentulah hati takkan menuntut setia.
Tiada saat terindah melainkan di saat ketenangan mengusir segala gundah.
Apalah erti sebuah kebahagian jika tanpa kasih sayang, apalah erti kasih sayang jika tanpa kemesraan dan apalah erti kemesraan jika tidak disulami keikhlasan.