Sabtu, 21 Mei 2011

Permata Penuh Kilauan - Dedikasi Khas Untuk PBO

Permata Penuh Kilauan-Dedikasi Khas Untuk PBO

Seindah sinaran bulan purnama
Menyinar terang seluruh kelam alam maya
Serimu semurni merahnya sekuntum mawar
Setiap detik menabur budi menguntum jasa
Menyebar harum seluruh nusa

Baktimu memimpin ke puncak gemilang
Keringatmu menganyam kejayaan mengorak cemerlang
Tegurmu menunjuk haluan mencorak keinsafan
Tegasmu membulat keputusan menenun keadilan

Semurni itu jasa baktimu diumpamakan

Kau permata penuh kilauan
Memancar keceriaan
Tak terbanding luhur pekerti tingginya sumbangan
Indahnya ingatan menyelimut kenangan

Di sini di laman ini kaulah teman kaulah rakan
Di rumah ini kaulah Bonda memimpin jalan
Memujuk hati menghulur tangan
Membentuk langkah bertatih, belari kami tak tempang

Selagi azam tersemat di dada
Selagi kaki tegak, tegap siaga
Selagi itu nekad kau menghulur jasa
Menjunjung amanah menggenggam setia

Kini segalanya kian pasti
Kau tak mampu lagi kami miliki
Di laman lain kau menabur budi
Digelanggang lain kau berjuang, berpencak bertari

Doa kami anak kecil seisi desa
Semoga sejahtera dirimu di puncak sana
Janganlah kami di sini dipencil dilupa
Rindu padamu pasti mencengkam jiwa

Hadirmu bagaikan pelangi
Seketika, namun sangat bererti
Izinkanlah selamanya namamu di hati
Menjadi kenangan sejuta erti

Nukilan: Nawza Liriaz
24.12.2010

Selasa, 3 Mei 2011

Pilihan


Pilihan

Pilihlah yang apabila ia tiada di sisi hati mejadi sepi dan apabila ia menghampiri duniamu berseri. Pilihlah apa yang indah dinaluri dan janganlah dipilih apa yang tersemat di hati. Kerana yag ada di nalurimu adalah rasa yang sempurna dan di hatimu adalah andaian pada setiap keindahan khabar. Pilih apa yang ingin kau pilih dan janganlah memilih dalam pilihan yang terpilih.

Selasa, 26 April 2011

Hakikat Cinta


Cinta umpama hembusan bayu pagi. Terkadang hadirnya nyaman meyeliputi diri dan terkadang hadirnya mengundang rimas, resah menggamit gundah.

Gadis Melayu

Gadis Melayu

Lembut tutur bicara menyusun kata
Indah bahasa menjalin mesra
Setiap ditutur tersemat di hati ternyiang di telinga
Semerdu itu diibarat sempurna suara

Lenggok badan langkah bersopan
Redup mata ayu menawan
Cantik paras rupa lengkap senyuman ceria
Taat itu pakaian penghiasan dada
Lemah gemalai itu pada gerak gayanya

Maruah diri, keluarga dijaga
Di rumah tempat diam sejahtera
Menjengah muka di jendela itu sekadar cuma
Indah rupa, indah budi, indah bahasa
Seindah bidadari kesucian terpelihara

Sebegitulah diibarat Gadis Melayu Sebenar.


NAWZA LIRIAZ

26.04.2011

Kesetiaan


Apalah diharap pada kesetiaan andai keraguan bertaman di hati. Apalah diharap pada keikhlasan andai diungkit jasa dan bakti.......

Isnin, 4 April 2011

Sayang vs Marah


Seandainya marah itu menganyam satu kebencian tentu ianya takkan diselimuti sayang; dan….seandainya sayang itu menidakkan kebencian tentu ianya tak pernah diselangi kemarahan.

Khamis, 11 November 2010

Pertemuan


Kenapalah mengharapkan berkekalan dalam pertemuan sedangkan pertemuan itu adalah permulaan sebuah perpisahan.