Selasa, 3 Januari 2012

Sangkaan


Terkadang kita benar-benar memerlukan, bila diminta kita dianggap keterlaluan; dan terkadang kita diberikan dengan sesuatu yang tidak pernah diperlukan, bila dielak kita ditanggap sebagai seorang yang penuh dengan kesombongan; dan terkadang lagi bila kita tidak meminta apa yang diperlukan kita pula dikalungkan dengan gelaran seorang yang penuh dengan sifat kecuaian dan kealpaan.

Nawza Liriaz

Kegembiraan vs Kedukaan


Kegembiraan itu terkadang hadir bila berlalunya kedukaan. Namun kita sering mengharapkan kegembiraan kekal tanpa ada kedukaan; sedangkan kedukaanlah yang menjadikan kegembiraan itu penuh pengertian. Carilah kegembiraan dalam setiap detik kehidupan, agar kedukaan yang hadir mampu dilenyapkan dengan sebuah senyuman dan keredhaan. Sukar, namun ianya satu episod yang perlu dilalui dalam sebuah kehidupan.

Jumaat, 30 September 2011

Pesan Pendekar Fatani

Pesan Pendekar Fatani"Gayung Fatani itu rahsianya tersembunyi dalam seni, seni itu tersembunyi dalam tari, kuncinya tersembunyi dalam kilas bersendi dan buahnya tersembunyi pada setiap gerak tari. Jika terleka pada lengok seni bunga maka akan terlupa kamu dengan kunci kilasnya"."Apabila seni bersatu dengan tari, dan kilas bersatu dengan kunci maka bersaksilah itu Gayung Fatani".

Sabtu, 10 September 2011

kERESAHAN

Apabila ketenangan menyinari taman hati segala kegelapan keresahan dihalau pergi.

Perhitungan

Bukankah kehidupan ini perhitungan dalam mencari sebuah ketenangan dan kedamaian? Tapi mengapa sering kali kegelisahan dipersalahkan dalam setiap kegundahan?

NAWZA LIRIAZ

Madah Rasa


Seandainya kesakitan itu dilihat sebagai satu kekalahan dan kegembiraan itu sebagai satu kemenangan. Maka di mana indahnya kesudahan sebuah ujian dalam perhitungan?

Nawza Liriaz

Selasa, 9 Ogos 2011

Hari Ini


Hari ini sebenarnya untuk menilai kenyataan semalam dan mencari keindahan hari esok.



Nawza Liriaz
09 Ogos 2011
22:11
Bandar Seri Putra