Jumaat, 15 Januari 2010

Kasih Sayang

Kasih Sayang

Sering kali hati meminta sebuah kesetiaan
Sering kali runsing pada kekalutan kasih sayang..
Sedang makin lupa cinta takkan hadir tanpa kasih dan sayang...
Kasih hadir seiring sayang..

Dan segalanya akan hilang hanya kerana satu kesilapan
Walau seteguh dermaga telah dibina sebuah cinta.
Walau beribu abad dijaga keteguhannya..
Hanya satu kesalahan ianya berkecai sekelip mata.

Nawza Liriaz
12.07.2004

Pantun Dulu-dulu

Pantun Dulu-dulu

Jangan tebang pokok pinang
Nanti kena pokok sirih
Jangan pegang tunang orang
Nanti kena hujung keris

Lubuk Inggeris sangat dalam
Hamba berani campak jala
Hujung keris sangat tajam
Hamba berani tahan dada

Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna berkokok panjang
Kalau tidak berani mati

Nasihat

Nasihat

Mengapa ada yang mencalar tulus hati ibu...
Apakah sudah lupa pada adab berbicara seni Melayu..
Atau manusia itu sudah buta membezakan
Yang mana ibu yang mana rakan yang mana seteru?

Selagi nyawa di kandung badan...
Hanya satu pesanku duhai kawan..
Jaga bahasa jaga pertuturan
Sesama insan berkasih sayang...

Walau di mana kau dibuang takkan dibenci kian disayang.

Nawza Liriaz
12.07.2004

Kedamaian

Kedamaian

Seperti kabus seketika menyapa di pagi...subuh
Setipis itu usahaku
Bila tiap kali diselimuti resah...
Tiap hadir senja..
Pasti aku tahu malam akan tiba
Dan...terkadang tidak sabar menanti fajar
Sekita itu juga aku seolah-olah mengharap panjangnya bayu malam..

Segalanya...hanya telahan..
Telahan dari usia hidup yang secetek ini...
Tidak terbanding pada usia dan sejarah perjalanan itu..
Baru..segalanya masih baru bermula...
Satu perjalan satu tujuan..
Mencari kedamaian dari sebuah kehidupan...
Yang pasti setiap langkahku aku arah pada impian...

Kedamaian dan kebahagiaan.

Nawza Liriaz
2004

Taubat

Taubat

Duduk untuk menahan dari terus dipandang...
Mata-mata liar menilai setiap gerak...
Jemari tulus terus mengira usia yang masih tertinggal...

Masih ada masa untuk menanti segala keindahan hadir disini...
Atau perlu berlari mengejar setiap cinta dan cita yang diimpi...
Dahi ini masih sunyi dari hamparan suci itu...
Lidah ini masih kurang dari menyebut KeagunganNYA
Masih kekok tubuh ini bergerak untuk Yang Satu...

Adakah lagi waktu untuk bertatih ke situ...
Adakah lagi waktu itu...

Sesaat berlalu menolak diri ke sana...
Makin hampir ke daerah itu...
Daerah sepi...sepi...
Sepi yang tak pernah ada yang tahu khabar di situ...
Terasa makin hampir diri ke sana...

Oh...Tuhan semakin aku melupai...
Semakin Engkau menghampiri...
Sesungguhnya dosaku setinggi gunung...
Namun Rahmatmu lebih tinggi dari itu...
Terimalah taubatku...Amin.

Nawza Liriaz
2004

Cerita Dirimu

Cerita Dirimu

Dunia bercerita tentang dirimu
Antara sepi pagi yang bergelumang dengan rindu
Risau pada pandangan mata yang kian mengikat hatimu
Istilah cinta apa yang kau cari untuk bersatu
Nur apa yang benar-benar mampu menerangi hidupmu

Ungkapkan pada pendengar setia ceritamu
Lambaian bagaimana baru terbuka hati kalbu
Fahami apa yang kau ingin untukmu
Atau hanya pada sisipan wajah senja yang sendu
Hadirnya selubung malam baru terbuka hatimu untuk bersatu

Terlalu sukar mengurai simpulan hati
Berbelit pada rasa sayang sejati
Pudar pada kata hati sendiri
Apakah dendam yang memaku pintu hati
Hingga sinar terang itu kau biarkan berlau pergi

Mungkin bukan tenang yang kau impi
Atau memang sejahtera menyelimuti dasar hati
Aku sekadar berdiri di sisi...
Menatap serinya wajah seikhlas budi.

Nawza Liriaz

Madah

Kenapalah mengharapkan kekekalan dalam pertemuaan sedangkan pertemuaan itu adalah permulaan sebuah perpisahan dan percintaan itu permulaan untuk kekecewaan.