Jumaat, 15 Januari 2010

Pantun Dulu-dulu

Pantun Dulu-dulu

Jangan tebang pokok pinang
Nanti kena pokok sirih
Jangan pegang tunang orang
Nanti kena hujung keris

Lubuk Inggeris sangat dalam
Hamba berani campak jala
Hujung keris sangat tajam
Hamba berani tahan dada

Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna berkokok panjang
Kalau tidak berani mati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan