Selasa, 15 Disember 2009

Biar berlabuh sendu

Biar berlabuh sendu

Biar berlabuh sendu itu
Melihat senja diri berlari
Membendung kegembiraan darjah dunia
Takkan reda ribut hari ini
kerana satu senyuman semalam...

Putih hati itu telah bertukar menjadi kelabu...
Makin tersempit dengan langkah sendiri...
Takut melihat pada cermin hati
Dosa lalu membenam taji gentar di dada senyum
Bila agaknya kifarah itu akan tiba...

Subuh hidup ini dengan kesalan...
Masih adakah pintu kemaafan
Untuk berdiri di laman ceria
Gelak gembira di mahligai bahagia.

Nawza

Tiada ulasan:

Catat Ulasan