Khamis, 24 Disember 2009

Kifarah Cinta

Kifarah Cinta

Hari itu cuma dianggap kiasan sementara...
Pada pepisahan yang tak akan berpaling lagi...
Tidak terjangkau akal muda ku menilai erti setia..

Wajah sepi sayu menangis sifat kasihku...
Terluka dan diluka sudah lagi tidak mampu hati kecil membezakan..
Dasar sayang itu sudah bertampuk kelodak keliru...
Makin berjelaga api setianya...

Telah hadir juga hari itu...
Hari kau dan aku tidak mungkin lagi bersatu...
Berpisah tapi masih berdiri tegak di laman hati...
Apakah cinta suci bertukar seteru?

Hari ini....
Silap lama menghentam hati tenang...
Tiada lagi aman dalam ikatan berijab...
Segalanya menghumban jauh impian ceria


Kini kifarah cinta itu sudah datang...
Menjerat pada setiap langkah-langkah hidup...
Aku yang berdosa pada cinta..
Pada dia, suasana dan setia.

Kini terhukum oleh cinta boneka....

Nawza Liriaz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan