Ahad, 27 Disember 2009

HAKIKAT DIRI


HAKIKAT DIRI

Bagai mencari satu sinar…
Biarpun terang makin melilit duniaku…
Hari berlalu bagaikan satu ilusi, berselimutkan memori erat merangkul mimpi
Melihat...mendengar...memandang segalanya tidak pasti...
Hati makin terjerat sebenarnya...
Terikat dengan kata dari mulut sendiri

Tangan melambai...
Namun hakikat diri ini dihalau pergi...
Pergi yang tidak mahu dikenali lagi
Memadam jalur ingatan ukuran azali...
Yang tinggal hanyalah suara ketawa semalam...

Hari ini semuanya telah lama terpadam
Utasan lurus jalinan itu telah putus...
Andai bersambung semula pasti takkan seperti dulu...
Kerana jelas simpulnya di sana...
Hanya mampu diri berkata...
Mencarimu bagaikan mencari permata di bawah timbunan serpihan kaca...
Permata digenggaman...
Namun jemariku tetap terluka

HAKIKAT DIRI PERLUKU SEDARI...
AKU SEBENARNYA DISINGKIRKAN PERGI


Nukilan: Nawza Liriaz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan