Khamis, 24 Disember 2009

Kuasa Besar


Kuasa Besar

Bagaikan sepohon kayu yang rendang...
Megah berdiri tegak berakar tunjang...
Ranting-ranting kukuh berserak di dahan-dahan kuasa
Meliut ke kiri takkan tunduk...
Ditiup angin ke kanan tetap tidak mengangguk...

Sukar untuk menegah...
Selagi belum ada taufan benar datang menekan ke bumi...
Itulah...gambaran akal ku pada kuasa dunia.
Mendabik dada bagi yang punya darjat punya kata besar.
Tiada yang berani menentang...
Seolah satu ketakutan seram yang takkan ditempuh pada gelita malam.

Lama mana kuasa besar itu mahu bermegah...
Pasti hadir satu hari menghukum kasar tangan itu.
Kebenaran pasti dijulang..
Kemenangan pada ketulusan pasti datang.

Nawza liriaz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan