
Camar Putih
Selebar sayap camar putih
Tersusun kemas dari jalur pelepah kasih
Tak terlintas pada hina mata hati ini...
Sehelai pelepah jatuh...
Melayang jauh pada lamannya...
Terbang pincang...tempang berlabuh
Dijalin ibarat aku, kamu dan semua
Tidak akan pernah terlihat pada kelibat ketika
Takkan terbang walau sejengkal cuma...
Jika tidak tersusun pelepah-pelepah Aku, kamu dan semua
Pada sayap sang camar....
Itulah diibarat pada cereka citra...pelepah seekor camar
Terbanglah...Terbanglah tinggi duhai camar
Kerana Aku, kamu dan semua
Telah teguh menjadi sayap setia...
Nawza Liriaz
6.10 p.m.
16.12.2006
Pangkor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan