Ahad, 27 Disember 2009

Sepi di sini….(Sajak Perpisahan Dato' Yasin)


Sepi di sini….

Berdiri segagah usia…hebat jati diri tegap bersahaja
Wajah lembut bersulam kuntuman senyum
Tinggi…susuk tubuhmu…sempurna
Tinggi lagi jasa budi pada kami anak –anak desa ini

Di sini di saat ini….
Segalanya kian merasa sepi
Seolah riang yang terbina semalam…beransur pudar dihakis perasaan…
Masih adakah lagi di disini…
Suara merdu mengalunkan Widuri….atau biar Bulan Bicara Sendiri
Semuanya akan sepi…sepi meninggalkan parut bergelar memori…

Kami…anak jati di sini…
Menilik setiap langkah mu…
Tak terdaya akal cetek mengikut pencak tegap tarimu
Kau perjuang sebenar
Pemimpin arah bangsa
Mengajar erti ketawa, mengajar erti setia

Tidak pernah ada anak di sini tidak diharga..
Belum pernah ada di sini dibiar bertatih sendiri…
Walau sedetik tidak pernah kau lepaskan gengaman jemari kami…
Siapa lagi akan memimpin tangan ini membentuk tari juang?
Siapa lagi yang akan memujuk hati luka …
Mereda resah melentur rajuk di sini?

Makin risau sebenarnya…makin singkat waktu di sini…
Seperti baru saja kelmarin kita berkenalan
Dan semalam beramah mesra…
Tapi..hari ini…kau pergi jua…

Sekuat mana mampu tangan kami menghalang…kau tetap akan pergi
Selagi panji dijulang tinggi…selagi kaki tegak berdiri
Kau pasti berjuang lagi…
Berjuang demi pertiwi demi bangsa dan Agama tulus ini.

Kau pejuang sejati…
Pemimpin yang dikagumi
Kami anak desa pencil ini…takkan lupa tulusnya budi..
Manisnya kenangan merangkul naluri.

Apa yang pasti kini…
Kau sebenarnya tak mampu lagi kami miliki
Izinkanlah selamanya kau di hati
Menjadi kenangan seribu erti
Kau pasti kami rindui.


Nukilan:

Nawza Liriaz











Tiada ulasan:

Catat Ulasan