Isnin, 28 Disember 2009

Aku Sebenarnya Siapa?


Aku Sebenarnya Siapa?

Berdiri pada laman sepi...
Menilai bagai masih ada tandus pada bumi hijau
Siapa aku pada mata hati tulus terpencil itu...

Bukan mudah mendongak ke langit
Selagi masih langit terbentang di lambung kepala
Akal seteruku berbicara pada hati yang kian gelisah

Pandang kabur pada sisipan cahaya di celah litup senja...
Aku sebenarnya di mana...
Di mana...

Biar berlabuh sendu itu
Melihat senja diri berlari
Membendung kegembiraan darjah dunia
Takkan reda ribut hari ini
kerana satu senyuman semalam...

Putih hati itu telah bertukar menjadi kelabu...
Makin tersempit dengan langkah sendiri...
Takut melihat pada cermin hati
Dosa lalu membenam taji gentar di dada senyum
Bila agaknya kifarah itu akan tiba...

Subuh hidup ini dengan kesalan...
Masih adakah pintu kemaafan
Untuk berdiri di laman ceria
Gelak gembira di mahligai bahagia.

Antara benar dan dusta...
Aku hanyalah ujian sementara...
Menilai masih ada dosa bersisa...

Akan ku buang jauh kotor pada dasar hatiku...
Biarkan berukir kasih baru...
Walau tidakku tahu bagaimana setianya...

Akanku kafankan segala noda lama
Di pusara sepi setia.

Nawza Liriaz




1 ulasan:

  1. Kata nak tau sapa tok amar wan kasa...Sebelum tu hayatilah gurindam ini..
    Wak-wak kerbau di padang
    Alih tambat jalan ka huma
    Mak-mak abang ku datang
    Hampar tikar ku tabur bunga
    Bunga talipok bunga talipai
    Bunga tebu kembang lah dulu
    Adik bertepuk abang melambai
    Adik bongsu berjalan dulu
    Hayung pak pek pak pong
    Gulai masam pedas
    Pakai baju tapong
    Lenggang bagai turas
    Turas balik pintu
    Tok pang balik dinding
    Timang adik bongsu
    Jatuh timpa lembing
    Lembing buatan siam
    Tikam badak tuli
    Zaman musuh siam
    Ulong takdak lagi- kami berundur dulu

    Empat puluh tongkol jagong
    Kacang dok melata
    Gajah tikam pak long
    Abang mabok ganja
    Ganja dalam batil
    Ketupat dalam daun
    Isi ubat bedil
    Bedil buaya tapong
    Buaya tapong besar
    Dok hilir-hilir mudik
    Dimana kapong kita
    Di balik sana bukit
    Bukit belo tinggi
    Menjolok hapus awan
    Abang pandai mengaji
    Bolehlah kita buat kawan

    No hp 0133976162

    BalasPadam