Khamis, 24 Disember 2009

Pantun Pepisahan

Biar berpencak tari seludang,
Tersadung kaki jurus mengumpan;
Biar tidak diri terbayang,
Terlindung di mata di hati jangan.

Pegaga tidak setanding berangan;
Lembut dedalu hujung beduri,
Jika tidak susahkan tuan;
Jemputlah selalu kunjung ke sini.

Nawza Liriaz
Pantun Sempena Perpisahan OJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan